Assalamualaikum :)
Post akhir bertarikh 30 mac 2012. dua bulan masa berlalu. begitu pantas. aku pasti, jika blog ini disifatkan sebagai sebuah rumah. pasti ia nya penuh dengan habuk dan sawang. apakan daya, begini lah manusia. kehendak, kemahuan semua atas kerelaan hati dan jiwa.
hanya satu sahaja jawapan jika ditanya " kenapa x update blog afifah?" MALAS. jawapan mudah diberikan. maaf semua :)
sepanjang dua bulan penyepian ini. ada 3 kisah yang sudah terpatri dalam diari. dua kisah yang tidak lagi asing dicoretkan adalah tentang dunia debat. Alhamdulillah. meskipun sudah tamat belajar di Unisza, aku masih lagi diberi kepercayaan untuk mewakili universiti. selagi tidak grad, selagi itu lah aku berjuang walaupun nyata ada entiti dan individu yang sudah tidak mahu lagi aku mewakili :) tidak mengapalah. aku hormat pandangan masing2. meskipun aku tertanya2 apakah alasan atau sebab demikian. dua kisah debat, penang open debate di uitm bukit mertajam dan debat perdana pengguna siswa 2012 di ukm. melakar 1001 kenangan. ini adalah dua match debate yang aku wakil selepas tamat belajar. Alhamdulillah ada rezeki di dua2 match ini. Terima kasih Allah :) terima kasih teammate abg adib. terima kasih orator unisza dan seluruh pendebat tanah air malaysia yang memberi semangat tinggi.
kisah ketiga paling menarik dan perlu kemas dalam diari. Alhamdulillah, aku telah berkhidmat di sebuah sekolah menengah agama selama sebulan. bermula pada 25 april dan berakhir pada 25 mei. sungguh, banyak kenangan jika mahu diceritakan. bukan senang untuk mendekati jiwa muda sekitar belasan tahun dalam konteks sebagai tenaga pengajar. memegang amanah sebagai guru geografi. subjek mudah untuk digoreng dengan teknik sendiri. kepakaran pengucapan awam diadun bagi mengkonfident kan diri :) Alhamdulillah.sebulan di sekolah. sebulan itu lah ada tawa dan tangis. Terima kasih Allah :)
 |
| Pentas akhir DPPS. finalist usim, unisza, usm dan ukm :) |
|
 |
| Dato' Ismail Sabri, Tnc Ukm. Majlis akhir DPPS. |
|
|
|
|
terima kasih abg adib teammate yang paling dikasihi.
anak-anak murid yang tidak akan dilupai.
moga menjadi anak bangsa cemerlang!
salam!
Dicatat oleh
Afifah adila
blog berhabuk sejak dari sebelum study week sehingga aku sedang cuti panjang. semuanya sebab malas menulis dan tiada idea.
dalam tempoh aku meninggalkan blog ini, sudah banyak tempat di travel mengutip pengalaman, sudah banyak kisah dan kenangan aku ukirkan, sudah ada penambahan entiti manusia dalam setiap pergerakkan dan menceriakan kehidupan. cuma semua itu tidak dikongsi di laman yang penuh kisah ini.
cuti 6 bulan menunggu kemasukkan ijazah sudah pasti membentangkan 1001 peluang. 6 bulan ini lah masa untuk mengambil lesen kereta, masa untuk memasuki kursus menjahit dan masa untuk bersama keluarga. aku juga tidak pernah akan lepaskan dan menolak pelawaan untuk ke mana2 tournement debat. selagi masih punya peluang dan masih bergelar pelajar unisza.
debat integriti bukan penghabisan, bukan noktah biarpun sudah melangkah ke pentas akhir. belum cukup untuk menikmati kemanisan dan kepuasan perjuangan. selagi ada peluang, selagi itu aku akan berjuang.ini janji aku pada diri.
semua rakan sibuk mencari kerja bagi mengisi masa terluang 6 bulan. tapi aku? aku memilih untuk tidak bekerja. ada sebabnya. sebab jika aku bekerja, aku terikat. jadi, keadaan ini membatasi aku untuk bergerak kemana2. lebih baik aku menjadi bibik dirumah dan boleh kemana sahaja bila mahu.
percaya atau tidak, setiap hari, video saudari Fathiah Ibrahim yg mewakili malaysia di pidato antabangsa PABM menjadi tatapan buat aku dirumah. kerana pentas itu adalah impian yang paling mahal dan berharga aku idamkan. moga, suatu hari nanti aku berada di situ.
jam sudah pada angka 12 : 58 malam. esok aku akan ke UM kuala lumpur untuk pertandingan debat astar. aku tidak mewakili, sebaliknya turun sebagai penyokong dan mungkin juga penyemak untuk melihat perkembangan mereka. mereka yang bakal mengganti.
salam sayang buat semua pembaca seindah pelangi. doakan setiap perbuatan saya dikira amalan ibadah di sisi Allah :)
Aku rindu pada setiap entiti yang hadir mengukir kenangan :)



salam.
Dicatat oleh
Afifah adila
ujian datang dan pergi.
perlu ditempuh dengan keikhlasan hati.
benar-benar berat kali ini.
mulut manusia bebas bercerita sana sini.
tidak mengapa, aku yakin dan percaya pada janji tuhan.
ini ujian menguji iman.
moga aku cekal harungi semuanya.
Allah rahmati aku!
Dicatat oleh
Afifah adila
Pertandingan debat perdana integriti 2012.
lokasi : universiti malaysia pahang.
aku pasti, ia nya tidak akan menjanjikan apa2 melainkan usaha dan redhaNya.
aku ada target sendiri dan begitu juga team.
walaupun tewas di pentas akhir, aku tetap bersyukur atas nikmat yang diharapkan dapat berterusan. dan aku pasti ini juga ujian.
terima kasih atas semua sokongan daripada oratorians. keluarga. debaters. penganjur dan semua yang mencintai debat :))
Allah itu adil dan tidak pernah tidak adil. terima kasih abg adib, wanzai dan nadzley yang banyak membantu!
Dicatat oleh
Afifah adila
Ini post khas untuk sahabat yg sekian lama tidak ketemu :)
Aku buka fb dan lihat ucapan2 birthday di wall nya. oh, sekali lagi aku lupa tarikh birthday sahabat ini. aku mmg jenis pelupa terutama pada nilai angka. 22hb februari. tarikh keramat kelahiran seorang sahabat yang aku cinta dunia akhirat.
selamat hari lahir ebok. lama kita x jumpa. moga baik2 sahaja.
maaf salah dan silap sepanjang bersahabat. halal semua makan minum ya :)
ucapan khas : semoga menjadi wanita solehah, anak yang berguna, pelajar yang cemerlang, sahabat yang baik dan isteri yang solehah :)

dia cantik, dia suka minum milo, dan dia akan ada jerawat di tempat yg sama (sisi dua2 pipinya) haha
NAJIBAH NADZIRAH ABD RAHIM
sweet 21 :))
semoga berjaya dunia dan akhirat!
moga bertemu suatu hari nanti.
Dicatat oleh
Afifah adila
Ini mungkin royal terakhir aku mewakili unisza. jika di izin Allah untuk menyambung pelajaran di bumi lain. banyak kenangan apatah lagi pengalaman yang benar-benar bermakna. maaf atas segala salah dan silap sepanjang menjadi teamate. Royal 2012 dalam kenangan. aku lah orang yang paling sedih dan sebak bila diberitahu x dapat break suku dan menduduki tangga ke 9 dalam ranking pasukan. sedih aku berhari-hari. biarlah aku muhasabah diri.
aku juga percaya pada rezeki tuhan yanag tidak pernah kedekut memberi.
Perjuangan terakhir bagi gandingan ini. kami tidak akan lagi team bersama. seorang akan pencen buat selama-lamanya.
sidang ke 5. dewan ini percaya seni itu bebas. ketua hakim pada sidang ini ialah idola dalam dunia debat aku. Abg Amir UPM.
Padang kota.
selamat tinggal pulau mutiara. gembira berada di sana bersama anda semua!
Dicatat oleh
Afifah adila
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah :)
Rezeki dari Allah. moga aku diredhai.
PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT NEGERI TERENGGANU SEMPENA SAMBUTAN MAULIDAR RASUL S.A.W.
aku dinobatkan naib johan. sememangnya gembira. tapi aku lagi gembira saat menghadap sultan untuk menerima hadiah tersebut :)
3 kali sembah, menjunjung titah Tuanku :)

semoga usaha ini dirahmati dan diredhai :)
Dicatat oleh
Afifah adila
Kisah di kafe : "afifah, aku sero dgn mu". aikk,knpe? alaa..aku simpan la hamper 2 untk ko. "bukan laa! xkire ahh aku sero jgk dgn mu"
saya pelik dan terfikir2, asal mkcik ni terasa benor dgn aku..rupa2 nya...
aku terlupa yang semalam bufday dia. huhu.
bersalah gila! sobs2.

HAPY BUFDAY adik MASHITAH. (adik la sangat) huhu. geli aku!
moga panjang umur, murah rezeki, bertambah matang.
maaf la lmbt wish. sajer melambatkan.
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE - 20may ALLAH bless u frend!
Dicatat oleh
Afifah adila
Seringkali aku merindui orang tersayang yang banyak melakar kenangan pahit dan manis dalam hidup. umur sudah mencecah 21 tahun. mungkin lama lagi aku bersama keluarga. lama lagi aku dimiliki keluarga. sebelum dimiliki insan lain yang dipilih Allah.
walaubagaimanapun, jasa insan-insan tersayang tidak pernah dilupakan. aku tidak mahu jadi seperti kacang lupakan kulit. aku mahu menjadi anak kebanggaan ibubapa,adik-beradik,keluarga dan keturunan.

i love u, u love me, we are hapy family, u the queen and the king of my little heart, we are hapy family :)
tiba2 aku merasa bahawa aku tidak menjadi seorang kakak yang baik kepada seorang adik. aku hanya miliki seorang adik sahaja. adik perempuan yang sedang menjejak dewasa. entah mengapa rasanya begini.
tuhan, Rahmatiku.
Dicatat oleh
Afifah adila
Dalam filem Ombak Rindu. layana-layang di jadikan simbolik di awal cerita.
(suara maya karin berpuisi indah dan akhirnya tubuh terdampar di lautan bersama layang-layang yang terputus tali)
" apabila terputus talinya, ia akan terbang tanpa arah tuju. pasrah dengan apa sahaja yang bakal berlaku"
sungguh bermakna ayat ini. sungguh.
petang semalam, aku dan beberapa teman berhajat ingin bermain layang-layang di tepi pantai. namun, cuaca tidak baik dan penjual layang2 juga tiada petang itu. maka, kami hanya sekadar menghirup udara :)
aku pernah pasrah seperti layang-layang terputus tali.
Dicatat oleh
Afifah adila

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)
"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
Dicatat oleh
Afifah adila
Nama profile aku di twitter ialah "citatinggi" . second nama baru cik afifah adila.
ada makna kenapa citatinggi dijadikan pilihan.
dalam dunia pengucapan awm, aku sangat berhajat kepada sesuatu, aku ingin capai, dan sentiasa berdoa agar termakbul hasrat ini suatu hari nnt.
" aku nak wakil Malaysia dalam pertandingan pidato antarabangsa bahasa melayu (PABM) "
Moga citatinggi ini dapat digapai. insyaAllah.
dan aku teringin gila nak jd pemidato di bawah didikan saudara Mohd Syamsul Salleh juara PABM 2009. Atau saudara Amiruddin Abd Rahman juara PABM 2011.
sekian. isi hati yg dah lama aku pendam sejak aku mula berjinak dalam dunia pidato setahun lalu.
aku doa agar pintu langit terbuka, Allah memakbulkan hajat ini.
ini hajat murni, moga diberkati.
aku pasti dan yakin, aku boleh. boleh dan sememangnya boleh.
"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)
sekian saudara dan saudari :)
Dicatat oleh
Afifah adila
Pertandingan pidato ala parlimen unisza. dianjurkan oleh Ko-Asas Pengucapan Awam. 28 dan 29 disember. Penyertaan 8 terawal sahaja diterima. dan kesemua peserta ialah daripada oratorians :) tahniah!
Pidato ala parlimen ini berbeza dengan pidato2 biasa. kalau pidato biasa, peserta akan berpidato keseorangan selama 7 minit. namun pidato ala parlimen ini, dua orang akan berentap pada satu pusingan. senang cerita seperti debat ala presiden. but versi nya tetap pidato. jadi, berucaplah seperti berpidato. satu lawan satu. ada usul, dan berilah pendapat.
pada awalnya, aku x target pun akan menang di peringkat saringan. sebab setelah di cabut undi, aku akan berlawan dengan saudara husaini. sahabat aka guru yg bnyk mengajar aku ketika menyertai pertandingan pidato kesenian islam kebangsaan anjuran UKM 2010. Alhamdulillah johan ketika pertandingan itu. dia hebat. punya bakat. mungkin bukan rezeki nya. apa pun aku tetap hormat dan bangga dengan nya. terima kasih kerana sudi memperkenalkan apa itu pidato dan menjadi guru :)
maka aku mara ke peringkat separuh akhir. bertemu dengan seorang junior yang sangat berbakat. serius. dia banyak perubahan. aku cukup teruja dan Alhamdulillah, aku menang dan berjaya ke final bertemu dengan sahabat karib aka rakan gaduh aku wan zainuddin. bagi aku, kemenangan di separuh akhir ini memang rezeki. Allah nak bg. sbb hujah teruk dan sangat punah. cuma mybe aku kuat di bahagian persembahan. itu sahaja.
di pentas final. dengan tajuk "laman sosial : kemahuan melebihi keperluan. aku berentap dengan wan zainuddin. jaguh pidato negeri sabah. johan berturut2 ketika sekolah menengah. dia juga yang tewas kan aku ketika pidato semarak 1 malaysia. mase final ni, mmg aku x target menang pun, x kisah langsung. sbb aku target nak masuk final je. kalah menang x kisah kat final.
but Alhamdulillah. aku diumum johan. ini rezeki. ini juga berkat usaha, bantuan rakan2, adik2 orator, sahabat2 orator dan semua yang wish dan doa.
terima kasih.
tahun lalu, ketika aku johan pidato kesenian islam kebangsaan, aku di jemput terengganu fm untk membaca pidato secara live di radio.
dan pertandingan kali ini, aku di telefon secara live (temuramah) berkenaan kejayaan yg baru sahaja perolehi. dalam slot suara kampus jam 9-11malam. Alhamdulillah :)
Allah pemilik rezeki. jika kita ikhlas, Allah akan memberi sesuatu. tidak semestinya kejayaan, tetapi mungkin juga kepuasan, pengalaman dan sebagai nya. aku selalu pesan pada diri " aku tidak mahu bangga dengan apa yang Allah beri, sebaliknya, apa yang aku ada, aku cuba untuk berkongsi dengan mereka semua, adik2 yang ingin belajar tentang dunia ini dan apa sahaja " mungkin cara aku ini lain sedikit, aku terdidik begitu. aku jenis tegas. kalo ingin menuntut, dtg lah kepada ku, bukan aku terhegeh kpdnya. aku msuk dunia pengucapan tidak ada pun yang memaksa. aku msuk dgn rela dan kerana minat. aku belajar sendiri dengan sedikit bantuan senior dan aku tahu aku berusaha. aku juga mengambil masa yang lama dan tidak pernah berhenti untk belajar. sbb itu aku agak pantang dgn junior yang main2 dan tidak mahu membantu diri sendiri. training nak x nak, bg peluang mocking xnak atau tolak. come on. masa pantas berlalu. bila lagi mahu berlari kalau bukan sekarang?
Terima kasih Allah. Terima kasih semua !
terima kasih atas sokongan. atas pandangan usul dan semua nya! moga ALLAH sayang kita semua :)
Kenangan akhir 2011 mungkin :)
awalmya, sememangnya aku keras hati untk mengikuti pertandingan ini di atas sebab tertentu. mungkin perkara peribadi. pun begitu, setelah dipertimbangkan, mempositifkan fikiran, aku msuk juga. benarlah, minat mampu mengatasi segalanya. benci bagaimana pun, aku x peduli. ini bidang yg aku minati, aku selalu tggu peluang ini, mana mungkin dilepaskan begitu sahaja. aku tidak pernah ralat dan menyesal dengan apa yang telah berlaku. aku tahu itu aturan dan susuan tuhan. sekian :)
Dicatat oleh
Afifah adila
Pertandingan pidato ala parlimen. 28 dan 29hb 12.
saya tersilap sebenarnya. saya ingat pertandingan ini 27 dan 28hb. jd, tanpa bnyk tny sy pun mendaftar. rupa2 nya bukan. 29hb sy akan balik ke rumah. cuti mid term. ya Allah. sudah tersilap. jadi, adakah sy akan menukar tiket semata2 kerana ingin mengikuti pertandingan ni, atau sy korban kan 1 peluang yg mane sy sangat minati. saya sgt meminati dunia pidato. lagi2 pidato kali ini versi nya lain sedikit. ini peluang. dan mustahil sy lepaskan nya.
masih tidak mempunyai keputusan.
Dicatat oleh
Afifah adila
Saya bersyukur kerana di lahir dalam keluarga islam. bersyukur kerana keluarga memberi pendedahan pendidikan agama sejak saya masih kecil. saya di hantar ke sekolah agama yang dipilih khas oleh keluarga. Semuanya untk diri saya. dengan bekalan ini lah saya dapat menghadapi hidup yang penuh cabaran. gadis usia awal 20 an seperti saya ini pastinya akan melalui pelbagai mehnah ujian lebih2 hidup jauh dari keluarga. hidup sendiri berdikari.
Allah bentangkan kepada kita pelbagai jenis perkara. atas kita untuk memilih yang manakah baik atau tidak :)

GAMBAR INI DI EDIT OLEH SAUDARI FATIN.
SAYA SANGAT MENGHARGAI :)
KE PANTAI BERSAMA ORATORIANS. MENIKMATI NIKMAT TUHAN.

PERSIAPAN SIDANG DEBAT 24 JAM TANPA HENTI UNISZA. USAHA MURNI BAGI MEMARTABATKAN ILMU DAN BAHASA !

PANTAI TOK JEMBAL.
AKAN HADIR KE SINI UNTUK MENENANGKAN HATI :)
NIKMAT ALLAH TIADA TANDINGNYA.
SAYA SAYANG ALAM CIPTAAN TUHAN.
Aturan dunia, tidak siapa ketahui. saya tidak tahu bila saya dipanggil pulang? siapa jodoh saya? sempatkah saya graduate? sempatkah saya menyambung degree? saya tiada jawapan untuk ini.
sahabat, Allah memberi kita ruang untuk muhasabah diri.
aku ingat pesan umi, wanita cekal yg sentiasa dihati " jaga diri, jaga maruah"
moga Allah sayang kita semua :)
selagi ada masa, gunalah peluang sebaiknya.
Dicatat oleh
Afifah adila
ini kerabat sebelah ummi. kami rapat dari kecil. aku rasa nikmat bersaudara dengan mereka. terima kasih! (aidilfitri 2010)

nikmat persaudaraan. ini sepupu2 sebelah abah. kami x rapat sangat. tapi aku rasa ikatan itu setiap kali berjumpa :) kami mempunyai lapisan umur berbeza. complete. (hari keluarga 2010)

my brother, little sis dan cousin. saya sayang kalian :)
ini juga saudara. sebahagian kecil dr oratorians. terima kasih atas kesudian :)
Hargai ikatan persaudaraan yang kita miliki. hargai mereka yang masih ada. Allah itu maha penyayang. Lakukanlah apa yang Allah suka.
Dicatat oleh
Afifah adila
Ada orang kata saya dah kawin. mana x sentap. bukan seorang. tapi dah ramai orang.
katanya, wajah saya seperti orang baru kawin. haisshh.
S.E.N.T.A.P
Lama lagi la. tunggu Allah izin dulu. insyaALLAH.

untung mereka yang berkawin ini "sudah boleh lari dari maksiat diri.
Dicatat oleh
Afifah adila
Blog ini banyak kenangan sebenarnya. hadiah seseorang kepada saya. tetapi, ia tidak perlu di kenang. tidak perlu sama sekali. saya akan terus menulis di blog ini. sebab blog ini kepunyaan saya.
tiada motif.
seronok ke pasar malam bersama oratorians tadi selepas habis training :)

Kenangan wupid 2011. international debate. bersama mus utm. baru lepas habis sidang.
Dicatat oleh
Afifah adila
PERTANDINGAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR KALI KE 4 TAHUN 2011
(KATEGORI BAHASA MELAYU)
maaf kerana tidak membawa pulang kejuaraan. ini takdir dan rezeki dari Tuhan.
USUL : MAHASISWA KITA LEBIH BICARA DARI LAKSANA
JOHAN : FAKULTI UNDANG2 DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
NAIH JOHAN : FAKULTI PENGAJIAN KOTEMPORARI ISLAM.
Sememangnya sedih, kecewa semuanya ada. namun apa kan daya, ini takdir tuhan supaya kami lebih berusaha. aku terkilan kerana tewas di pentas universiti sendiri. mungkin juga kerana aku sudah di tahun akhir. harapan membawa pulang piala itu ke fakulti tidak berjaya. apa pun terjadi, semangat tidak pernah hilang dalam perjuangan debat ini. moga Allah rahmati.
tahniah idola saya adib aiman mendapat best speaker :)
terima kasih teamate wan zai dan zila. terima kasih.
ketika ini saya sedang beraksi. perwakilan ke 3 pembangkang.
teamate wan zainuddin. teamate sorang lagi pulang awal.
terima kasih penganjur. terima kasih Allah.
Dicatat oleh
Afifah adila
Masih belum terlambat.
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT Kak Ain dan Sir Yusri.
moga kekal ke anak cucu.

maaf x dapat hadirkan diri ke majlis. ada kekangan. moga Allah berkati ikatan suci ini. Amiin.
Dicatat oleh
Afifah adila

SUDAH BERADA DI SEMESTER AKHIR RUPANYA. MAHU SECEPATNYA MENINGGALKAN MEDAN YANG PENUH CERITA INI.
TUHAN, RAHMATI AKU!
Dicatat oleh
Afifah adila
Hari kedua raya haji, aku terpaksa pulang ke kampus sbb training debat gender. Hbs debat gender, aku training debat wupid. Dan ke kelantan seminggu lawan wupid.
Habis wupid, aku membuat keputusan ikut hati untk pulang ke rumah. walaupun pd awlnya ditentang oleh umi sebab risau kalau2 banjir, xlepas nak balik semula ke kampus. namun, setelah alasan demi alasan, aku berjaya pulang dengan keizinan. huhuhu. memang seronok. ntah mengapa kali ini hati meronta2 ingin pulang. mungkin terlalu rindu. rindu pada rumah! pada keluarga!
3 hari saja di rumah. cukuplah menatap wajah mereka untuk mohon restu. aku mahu jadi anak mengenang budi. aku akui, mereka lebih risaukan aku, maklumlah anak sulung perempuan.
Dont wory. i know my self.
Yang aku pelik, aku balik kali ni, aku selalu tenung dan membelek2 barang2 purba dalam rumah aku. pelikpelikpelik. seolah2 aku seakan bakal meninggalkan rumah ini lama atau seolah2 aku sudah lama benar tidak pulang ke rumah.
aku tgk album lama, tgk piala dan pingat dlm almari, tgk buku2 zaman sekolah dulu, tgk barang2 dalam kotak kat stor. agakpelik. mungkin inilah dinamakan RINDU. mungkin.

Dulu, aku jaguh sekolah. larian 100/200m. aku juga jaguh lompat jauh. bola jaring. pasti aku yg pulun. lompat tinggi x la (sbb aku pendek) hahaha. ini pengakuan berani!
ini namanya kek sarawak. kesukaan aku. nnt kalo hantaran kawin, aku xnak kek cream @ like that. aku nak kek sarawak juga (pesanan awl) haha. kek ni jiran yg bagi :) sememangnya sedap!
dari zaman tadika hinggalah ke universiti. sedih. kalo ingat ketika berjuang. Allah pemilik rezeki.
aku mungkin akan pulang ke rumah bulan 3 tahun depan. habis sem ini, sem akhir untk diploma.
dan aku akan pulang untk berehat sehingga kemasukan ijazah bulan 9.
p/s: esok akn pulang ke unisza.
moga ALLAH Rahmati perjuangan ilmu ini. amiin.
Dicatat oleh
Afifah adila
PERTANDINGAN DEBAT WORLD UNIVERSITIES PEACE INVITATIONAL DEBATE (WUPID) BAHASA MELAYU 2011.
19-23 NOVEMBER 2011
ini adalah debat antarabangsa. melibatkan hampir 25 buah universiti. termasuklah dari luar negara. bertemakan keamanan, debat ini berlangsung sebagai debat ala british bukan parlimen. wujud 4 side dalam persidangan. keputusan dikira mengikut ranking bukan margin dan juri. pemarkahan nya amat berbeza dengan debat2 lain.
Kedua2 team unisza tersungkur di separuh akhir. memang sedih dan mahu menangis. semua nya rasa. usul yg menyebabkan kami kalah adalah " bajet pertahanan negara2 eropah tidak akan dikurangkan walaupun dalam kegawatan ekonomi"
tetapi saya percaya sesuatu "Allah itu adil, dan tidak pernah tidak adil"
mungkin bukan di sini rezeki. usahalah untuk akan datang.
villa danialla. tempat penginapan semua debaters,urusetia dan hakim :)
team unisza 1. saya dan abg adib! sy mintak maaf salah dan silap @ tidak dapat menjadi teamate yg baik.
team unisza 2. wan zai dan sein. mereka gigih berusaha!
terima kasih kepada semua oratorians unisza atas doa dan sokongan!
terima kasih!
moga Allah membalas jasa kalian!
Dicatat oleh
Afifah adila
Terima kasih Allah. Terima kasih.
Allah itu ADIL. dan tidak pernah tidak ADIL.
Selesai pertandingan debat perdana gender 2011. Allah memberikan kami rezeki. Moga2 rezeki ini adalah keberkatan dari Allah. Dialah pemilik rezeki.
Berikut adalah Keputusan penuh liga. justeru, 8 team teratas mara ke peringkat suku akhir.
RANKING PASUKAN KESELURUHAN
|
| NAMA PASUKAN | MENANG |
| 1 | UITM | 5 |
| 2 | UM | 5 |
| 3 | USIM 1 | 5 |
| 4 | UKM 1 | 5 |
| 5 | UMP | 4 |
| 6 | UNISZA | 4 |
| 7 | UNIMAP | 4 |
| 8 | UIAM 2 | 4 |
| 9 | UPSI 2 | 4 |
| 10 | UPSI 1 | 3 |
| 11 | UIAM 1 | 3 |
| 12 | USIM 2 | 3 |
| 13 | UTM | 3 |
| 14 | UTP | 3 |
| 15 | USM | 3 |
| 16 | KUIS | 3 |
| 17 | SWING | 3 |
| 18 | UTEM | 3 |
| 19 | UKM 2 | 3 |
| 20 | UMT 2 | 3 |
| 21 | UUM | 2 |
| 22 | MMU | 2 |
| 23 | UMT 1 | 2 |
| 24 | UNIRAZAK KL | 2 |
| 25 | UPM | 1 |
| 26 | UPNM | 1 |
| 27 | MSU | 1 |
| 28 | UTHM | 0 |
SUKU AKHIR : UNISZA VS USIM
JURI 3-2. MARGIN 1.6 PENDEBAT TERBAIK IKHWAN USIM
PEMENANG : UNISZA
SEPARUH AKHIR : UNISZA VS UM
JURI 4-1 MARGIN 3 PENDEBAT TERBAIK AZZAIRI UM
PEMENANG : UM
KEPUTUSAN AKHIR :
JOHAN : UMP
NAIB JOHAN : UM
TEMPAT KE 3 : UNISZA
TEMPAT KE 4 : UIA
Terima kasih teamate. abg adib, wan zai, dan jang. moga kejayaan ini adalah rahmat dari berkat ALLAH. Terima kasih oratorians atas doa dan sokongan. terima kasih! Moga Allah terima kejayaan ini.
majlis akhir the great gender debate. tahniah!
Dicatat oleh
Afifah adila
Dicatat oleh
Afifah adila
Tamat semester 5. petang tadi paper akhir macroekonomi. sungguh, pejam celik aku hanya punya 1 semester untuk menamatkan pengajian di bumi Terengganu ini. 3 tahun masa berlalu. moga ALLAH rahmati ilmu dan pengalaman sepanjang tempoh ini. aku bersyukur.
habis exam, no lepak. no santai. no rehat. aku juga akan pulang lewat ke rumah. tugasan Tesis perlu disiap untuk dihantar semester hadapan. di tambah pula dengan training debate untuk 3 pertandingan terdekat. dua darinya aku sertai insyaALLAH. semoga berjaya untuk team debat pendeta (timur),debat piala perdana menteri dan debat wanita peringkat ipta malaysia. semua orang sedang bersedia dan menghempas pulas tenaga bagi meneguk kejayaan bersama. usahalah selagi terdaya.
dalam melangkah jauh, pasti kita di uji dengan pelbagai musibah. begitu juga aku. aku lebih selasa dengan keadaan sebegini. pengalaman lalu benar2 mengajar aku kehidupan. biarlah ia menjadi satu memori buat mengajar diri. terima kasih tuhan. terima kasih atas aturan dan penyusunan ini.
dahulu, aku amat suka akan makanan ini. warna warni. sudah pasti memikat hati ketika seumur 8tahun. kini, jika jumpa di mana2 kedai. aku hanya tersenyum melihat sahaja.
hati sebenarnya membuak2 mahu pulang ke rumah. rindu sungguh pada mereka.
aku tidak pernah lupa menghitung hari untuk pulang ke negeri sendiri.
Dicatat oleh
Afifah adila
Dicatat oleh
Afifah adila
CERITA TENTANG RAKAN. PASTI TERUKIR SENYUMAN. MOGA KAU DI KURNIA LIMPAHAN RAHMAT DAN BARAKAH. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20 ANIS NAIMAH MOHD SAMAN. MAY ALLAH BLESS U. GUD LUCK FINAL EXAM TOMORROW.
minah payung :P
Dicatat oleh
Afifah adila
Dicatat oleh
Afifah adila